Ilmu tatabahasa bahasa Melayu sering kali dipandang mudah. Namun, ilmu ini
sebenarnya sukar difahami, walaupun oleh penutur jati sendiri. Menyedari
hakikat ini, Jabatan Pengajian Melayu menganjurkan satu bengkel khusus
tentangnya kepada ahli-ahli jabatan pada 13 September 2013.
Fasilitator kursus, Tuan Haji Abdullah Musa |
Bengkel bertujuan
memantapkan lagi penguasaan tatabahasa, khususnya tentang ragam ayat, telah
dikendalikan oleh Penolong Ketua Jabatan, Tuan Haji Abdullah bin Musa, sebagai
fasilitator.
Menurut Tuan Haji Abdullah bin
Musa, sekurang-kurangnya terdapat tujuh kata kunci bagi mengenal ragam ayat,
sama ada ayat berkenaan tergolong dalam ragam aktif atau pasif. Tujuh kata
kunci tersebut ialah polanya berbentuk FN + FK; pada kata kerjanya terdapat
imbuhan meN- atau ‘di’; bagi perkataan ‘makan,’ ‘mohon,’ dan ‘minum’ tidak
mempunyai imbuhan; predikatnya mempunyai kata kerja sebagai inti; dan ayat
aktifnya boleh dipasifkan.
Masalah utama dalam ilmu
ragam ayat ialah mengenali ayat aktif transitif dan ayat aktif tidak transitif.
Berkenaan hal ini, Tuan Haji Abdullah menegaskan bahawa perlu dicari kata kerja dan
kata kerja ayat aktif transitif adalah boleh dipasifkan. Manakala bagi ayat
aktif tidak transitif boleh disongsangkan, tetapi tidak boleh dipasifkan.
“Dalam ayat aktif tidak
transitif terdapat frasa sendi. Misalnya ayat: ‘Saya bertugas di IPG Kampus Tawau’,” ujarnya.