Isnin, 29 April 2013

Lembaran Mastera

Sebuah sajak berjudul "Belantara" karya Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPGKT, Encik Maniyamin bin Haji Ibrahim, telah dimuatkan dalam Lembaran Mastera. Lembaran ini diterbit di tiga buah negara di Asia, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. 

Lembaran Mastera memuatkan karya berupa sajak, cerpen dan esei kritikan dari ketiga-tiga negara. Di Malaysia, Urus Setia Lembaran Mastera di bawah tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Khamis, 18 April 2013

Buletin 3


Buletin 3 memberi fokus terhadap isu pilihanraya. Hal ini sesuai dengan suasana panas PRU13 sekarang.Adalah amat diharapkan, kempen Pilihanraya Umum Ke-13 berjalan dalam suasana bermoral, sesuai dengan adat dan adab budaya Melayu yang kaya dengan tatasusila dan moral. 

Sebarang pelakuan devian oleh penyokong dan calon tetap memberi imej buruk kepada seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi jika calon berkenaan menang dalam pertandingan PRU13 ini.Dan, yang lebih penting, semoga Allah memberkati kemenangan calon berkenaan.

Rabu, 17 April 2013

Buletin 2


Buletin 2 memberi fokus terhadap Anugerah Sasterawan Negara yang Ke-12, yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini. Kami mengucapkan tahniah kepada Datuk Baharudin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain. Semoga dengan kejayaan itu menambahkan lagi sinar di langit sastera negara.

Selasa, 16 April 2013

Buletin 1

Buletin JPM keluaran pertama. Konsepnya Buletin adalah untuk menyebar maklumat dan memartabatkan Pengajian Melayu. Ada tiga ruangan disediakan dalam Buletin. Pertama, ruangan sajak. Kedua, ruangan berita JPM. Dan ketiga, ruangan ilmu.
Ruangan sajak menyiarkan karya-karya genre puisi warga IPGKT, sama ada karya pensyarah, staf sokongan mahupun pelajar. Ruangan Berita menyiarkan maklumat berkenaan kegiatan JPM. Manakala, Ruangan Ilmu memuatkan segala macam tulisan berkenaan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Selain kakitangan IPGKT, kami juga membuka ruang atau memuatkan tulisan sesiapa sahaja yang difikirkan dapat memartabatkan pengajian Melayu.
Sebagai panduan, dalam Buletin keluaran sulung, kami memuatkan  berita rencana yang bertajuk "Pusat Pengajian Melayu Pertama di UK" ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia bernama Abd. Aziz Itar.
Kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menulis atau mengasah bakat penulisan dalam Buletin kami. Anda boleh menulis bagi dimuatkan dalam Ruangan Ilmu, asalkan dikaitkan dengan pengajian Melayu. Misalnya, unsur biologi dalam peribahasa Melayu.