PENSYARAH


MANIYAMIN BIN HAJI IBRAHIM (Ketua Jabatan), berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera kelas pertama (1999) dan Ijazah Sarjana Pengajian Melayu dari Universiti Malaya (2000). Bidang kepakaran: Kesusasteraan Melayu, dan penulisan kreatif dan deskriptif. Pernah berkhidmat sebagai guru di sekitar Kuala Lumpur (1990 - Januari 2003), pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tuanku Bainun (2003 - 2007),  dan IPG Kampus Kota Bharu. Terlibat sebagai pemakalah di Indonesia dan Thailand. Banyak menghasilkan sajak, cerpen dan esei kritikan. Antara buku yang telah dihasilkan ialah Menimba Laut (DBP, 1996), Di Rumah Wiramal (Pustaka Nusa, 2003), Kamus Komsas KBSM (Fajar Bakti, 2003), Bahasa Kiasan (Karisma, 2005), Citra Takmilah (Karisma, 2006), Konteks Sastera dan Budaya (Karisma, 2008), Elipsis (DBP, 2008), Peta Perjalanan (ITBM, 2013), Naratif Jurnalis (ITBM, 2013) dan Gelodak Rasa (DBP, 2013). Antara anugerah dimenangi ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (Kritikan) 2004/2005), ASDI 3 (1995), Hadiah Sastera Utusan-Publik Bank dan sebagainya. Selain Malaysia, sajak-sajaknya diterbitkan di Indonesia, Brunei Darussalam dan Thailand dan diterjemahkan ke bahasa Siam dan Inggeris. E-mel: nassuryibrahim@gmail.com


TUAN HAJI ABDULLAH BIN MUSA (Penolong Ketua Jabatan). Beliau  berkelulusan Sarjan Muda Sastera (Bahasa Melayu) dari Universiti Malaya tahun 1989, Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2004) dan Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu/Sejarah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1990). Pernah berkhidmat sebagai guru di SMK. Bingkor, Keningau (1990 - 1997), IPG Kampus Keningau (1997 - 2005), IPG Kampus Tg. Ampuan Afzan (2005 - 2008) dan IPG Kampus Tawau (2009 - kini). Bidang kepakaran ialah Linguistik/bahasa Melayu, dan Kesusasteraan Melayu. Antara hasil kajian beliau ialah "Sikap dan Motivasi Pelajar Dusun terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris" (2004). E-mel: abdullahiptawau@gmail.com



MHD. YUSOF BIN ZAKARIA (Pensyarah Kanan). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya pada tahun 1992, Sarjana Pendidikan (Pengurusan Disiplin) dari Unisel pada tahun 2007 dan Diploma Pendidikan. Mula mengajar di Sekolah Menengah Beluran, Sabah pada tahun 1993 - 1995, Maktab Perguruan Sandakan (kini IPG Kampus Tawau) pada 1996 - 2004 dan IPG Kampus Tawau (2005 - sekarang). Pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu sehingga Januari 2013.Bidang kepakaran dalam literasi bahasa Melayu, dan komunikasi bahasa.



ABDULL MANAF BIN AHMAD anak jati Kedah Darul Aman. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu (major) dan Penulisan dan kewartawanan (minor) dari Universiti Putra Malaysia tahun 1998, Ijazah Sarjana Penerbitan (Penerbitan dan Penyuntingan Buku) dari Universiti Malaya tahun 2004, Sijil Perguruan Malaysia (Bahasa Melayu dan Linguistik) dari Maktab Perguruan Raja Melewar pada tahun 1980 (kini IPG Kampus Raja Melewar.) dan Sijil Perguruan Khas (Bahasa Melayu) dari IPG Kampus Bahasa Melayu (1993).Pernah bertugas di SMK Likas (1981 - 1985), SMK Dato' Syed Ahmad, Kedah (1986 - 2002), SM Sains Pokok Sena (2004 - 2006) dan IPG Kampus Darulaman (2007 - 2011) dan IPG Kampus Tawau mulai 2012 hingga kini. Antara hasil kajiannya "Laras Bahasa Kreatif dalam Antologi Cerpen Menara 5 Karya Penulis Bukan Melayu" (1998), dan "Faktor-Faktor Penghalang Penggunaan Media Elektronik dalam Kalangan Guru ETeMS Sekolah Menengah Daerah Seremban, Negeri Sembilan ". Berpengalaman luas dalam pengendalian penerbitan majalah sekolah. Bidang kepakaran ialah linguistik, bahasa Melayu dan penerbitan. E-mel: manafipgtawau@gmail.com


MAZANIA BIN KASIMIN berkelulusan Master Sains tahun 2004 dan Bachelor Pendidikan tahun 2000 dalam pengkhususan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama dari UPM, dan Sijil Perguruan Asas (Pengajian Melayu - Sekolah Rendah) dari Maktab Perguruan Sandakan tahun 1993. Pernah berkhidmat di SMK Telupid (1990 - 1991), SMK Elopura Bestari (1994), SMK Sandakan (1994 - 2002), SMK Elopura 2 (2002), Maktab Perguruan Sandakan (2002 - 2004) dan IPGK Tawau (2004 - kini). Bidang kepakaran dalam pedagogi Bahasa Melayu, pidato, perbahasan, juruacara majlis dan persembahan puisi. Berpengalaman luas sebagai editor jurnal. Antara hasil penulisan beliau ialah "Keupayaan IPG Kampus Tawau dalam Memenuhi Keperluan Pelatih" tahun 2010. Beliau turut diundang menyampaikan ceramah di sekolah-sekolah di sekitar daerah Tawau. E-mel: mazaniak@yahoo.com



EFFENDY JOSEPH @ YUSUFF anak kelahiran Semporna, Sabah. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera  (Linguistik) dari universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1998, Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2007, dan Dioploma Pendidikan (Bahasa Melayu) dari Maktab Perguruan Gaya tahun 2001. Pernah berkhidmat si SMK Bum-Bum, Semporna (2003 - 2005) dan SMK Abdullah 2, Semporna (2005 - 2007). Mula berkhidmat di IPG Kampus Tawau pada 2007 di Jabatan Pengajian Melayu. Antara hasil penyelidikan ialah "Pengaruh Bahasa Sukuan dalam Novel: Kajian Kes terhadap Novel-Novel Azmah Nordin," "Hubungan antara Tabiat Membaca dengan Pencapaian Bahasa Melayu Murid-Murid di Beberapa Buah Sekolah di Daerah Semporna, Sabah," "Teknik IPIN dan UPIN dalam Mengembangkan Isi Perenggan," dan "Keupayaan Mengajar BM (Minor) Pelatih-Pelatih Opsyen Pemulihan dalam Menjalani Praktikum." Turut terlibat sebagai pemakalah di beberapa seminar pendidikan di Malaysia. Mulai September 2013, beliau bercuti kerana menlanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah di UPSI. Bidang kepakaran ialah linguistik Melayu.


ABDUL NASIR BIN HAJI PAISAL merupakan Pensyarah Cemerlang Bahasa Melayu DG48. Beliau berkelulusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik) dari Universiti Putra Malaysia tahun 2002, Master Kesusasteraan Melayu (Kesusasteraan Melayu) dari Universiti Putra Malaysia tahun 2007, dan Sijil Perguruan Asas (Pengajian Melayu) dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang tahun 1991.Pernah berkhidmat di SK Bugaya (1991 - 2001), SMK Bugaya (2001 - 2005), SMK Bandar Damai, Selangor (2005 - 2007), pensyarah di IPG Kampus Kent (2007 - 2011) dan IPG Kampus Tawau (2011 - 2013). Kini beliau berkhidmat sebagai SISC++ di PPD Semporna, Sabah. Beliau banyak membuat kajian dan dibentang dalam pelbagai seminar pendidikan di Malaysia. Beliau juga turut bergiat dalam penulisan kreatif seperti sajak dan cerpen dan diterbitkan dalam pelbagai media di Malaysia. Bidang kepakaran ialah bahasa Melayu, Kebudayaan Melayu, dan Kesusasteraan Melayu.

YUZNAILI BINTI SALLEH, berkelulusan Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama dari Universiti Putra Malaysia tahun 1998, Master Sains Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia tahun 2002, dan Sijil Perguruan Asas (Pengajian Melayu) dari Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (kini IPG Kampus Sultan Abdul Halim) tahun 1989. Bidang kepakaran ialah pengajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Pernah berkhidmat di SK Morib (1989 - 1990), SK Seksyen 24, Shah Alam (1991), SR Hicom Shah Alam (1992 - 1996), SMK Batu Laut, Selangor (1998 - 2003), SMK Tanjung Sepat (2004 ), SMK Seri Pantai (2005 - 2006), IPG Kampus Ilmu Khas (2006 - 2007), IPG Kampus Gaya (2008 - 2011) dan IPG Kampus Tawau (2012 hingga kini). Antara hasil kajian beliau ialah "Instrumen Diagnostik Kemahiran Awal Menulis Berasaskan Didik Hibur," "Kaedah Kemahiran Awal Membaca," dan "Boleh Baca Tak Boleh Tulis." Terlibat sebagai pemakalah dalam pelbagai seminar pendidikan di Malaysia. Juga terlibat sebagai Tutor di Open University Malaysia di Kota Kinabalu (2008 - 2011). E-mel: yuznailisaleh@yahoo.com.my



HAJAH PATIMAH BINTI HJ DULLAH, berkelulusan Bachelor Sastera (Bahasa dan Linguistik) dari Universiti Putra Malaysia tahun 2001, Sarjana Pengurusan Pendidikan dari Universiti Malaysia Sabah tahun 2004. Bidang kepakaran ialah bahasa Melayu, linguistik, pengurusan pendidikan dan pidato. Pernah berkhidmat di SK Madai, Kunak (1989), SK Batu 4 Jalan Apas, Tawau (1989 - 1997), SMK Tawau 2 (2000 - 2006), SMK Tawau (2996 - 2007) dan IPG Kampus Tawau (2007 hingga kini). Antara hasil penyelidikan beliau ialah "Sosiobudaya Masyarakat bugis di Sabah" (2000), dan "Pengurusan Sumber Manusia: Perbandingan Pencapaian Sekolah Bandar dan Luar Bandar (UPSR)" (2004). E-mel: faisyahnabila@yahoo.com

MOHD BIN BODOT
MOHD BIN BODOT  berasal dari Melaka. Beliau berkelulusan Master Sastera (pengkhususan dalam Kesusasteraan Melayu) tahun 2003 dan Bachelor Sastera (pengkhususan dalam bahasa dan  linguistik Melayu) tahun 2001. Kedua-duanya dari UPM. Mendapat Sijil erguruan Asas dalam bidang pengkhususan PPAK/AM tahun 1982 dari Maktab Perguruan Seri Pinang. Bidang kepakaran dalam bahasa, linguistik dan kesusasteraan Melayu. Pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di Melaka, sebelum berkhidmat di IPG Kampus Tawau. E-mel: mbbmelaka61@gmail.com