Isnin, 18 Mac 2013

PENSYARAH BAHARU

PATI ANAK ALAP
Menyambut tahun 2013, JPM telah menerima seorang pensyarah baharu bernama Encik Abtahi. Namun disebabkan persekitaran yang tidak kondusif dan ditambah masalah peribadi, beliau sekadar bertahan selama dua minggu sahaja. Kebetulan, pada hari terakhir Encik Abtahi, JPM menerima seorang lagi pensyarah baharu, bernama Encik Pati Anak Alap. Beliau berasal dari Sarawak. Sekolah beliau terakhir ialah SK St. Bartholomew, Betong, Sarawak. Manakala jawatan beliau ialah sebagai Penolong Kanan Pentadbiran bergred DG44. Inilah yang dikatakan 'patah tumbuh hilang berganti.' Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, dan Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu Bahasa Pertama dari UPM. Pada semester ini, Encik Pati ditugaskan mengajar BMM3110 Sintaksis Bahasa Melayu, dan WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1

Sabtu, 16 Mac 2013

NAIK PANGKAT

MANIYAMIN IBRAHIM
Mhd Yusof Zakaria
JPM merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Mhd. Yusof bin Zakaria dan Encik Maniyamin Ibrahim. Kedua-duanya telah dinaikkan pangkat pada tahun ini (2013). Encik Mhd. Yusof Zakaria telah berkhidmat sejak IPG Kampus Tawau ditubuhkan, telah dinaikkan pangkat dari gred DG48 ke gred DG52. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pensyarah Pakar Bidang SME bagi Jabatan Pengajian Melayu. Oleh sebab jawatan Ketua Jabatan dikhususkan kepada pemegang gred DG48, maka jawatan itu telah diganti oleh Encik Maniyamin Ibrahim, bermula Februari 2013. Encik Maniyamin mula berkhidmat di IPGK Tawau mulai 13 Disember 2011. Sebelum itu, beliau berkhidmat di IPGK Tuanku Bainun (2003 - 207) dan IPGK Kota Bharu (2007 - 2011).