MISI & VISI

LATAR BELAKANG
Jabatan Pengajian Melayu telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kurikulum kursus yang berteraskan Bahasa Melayu. Di antara komponen kursus yang perlu dilaksanakan adalah Bahasa Melayu Major, Bahasa Melayu Akademik, Bahasa Melayu Kontektual, Literasi Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Minor dan Bahasa Melayu Komunikasi. Jabatan juga dipertanggungjawabkan untuk mengelola dan mengendalikan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia. Di samping itu, kepakaran pensyarah jabatan terserlah dalam aspek penghakiman. Para pensyarah jabatan sering dijemput oleh pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran untuk menjadi hakim dalam pelbagai pertandingan berkaitan dengan Bahasa Melayu. Selain itu para pensyarah jabatan ini sering kali dipertanggungjawabkan untuk menyediakan teks ucapan dan kata alu-aluan dalam sebarang majlis rasmi anjuran Institut.

 2.0 VISI JABATAN
 
Memperkasakan Bahasa Melayu Melalui Keguruan
 
3.0 MISI JABATAN
Melaksanakan pendidikan bahasa Melayu secara professional untuk melahirkan guru-guru bahasa yang berkualiti dan berketrampilan.