Selasa, 16 April 2013

Buletin 1

Buletin JPM keluaran pertama. Konsepnya Buletin adalah untuk menyebar maklumat dan memartabatkan Pengajian Melayu. Ada tiga ruangan disediakan dalam Buletin. Pertama, ruangan sajak. Kedua, ruangan berita JPM. Dan ketiga, ruangan ilmu.
Ruangan sajak menyiarkan karya-karya genre puisi warga IPGKT, sama ada karya pensyarah, staf sokongan mahupun pelajar. Ruangan Berita menyiarkan maklumat berkenaan kegiatan JPM. Manakala, Ruangan Ilmu memuatkan segala macam tulisan berkenaan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Selain kakitangan IPGKT, kami juga membuka ruang atau memuatkan tulisan sesiapa sahaja yang difikirkan dapat memartabatkan pengajian Melayu.
Sebagai panduan, dalam Buletin keluaran sulung, kami memuatkan  berita rencana yang bertajuk "Pusat Pengajian Melayu Pertama di UK" ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia bernama Abd. Aziz Itar.
Kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menulis atau mengasah bakat penulisan dalam Buletin kami. Anda boleh menulis bagi dimuatkan dalam Ruangan Ilmu, asalkan dikaitkan dengan pengajian Melayu. Misalnya, unsur biologi dalam peribahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan