Pada 17 Jun 2013, JPM
menganjur kursus dalaman yang dinamakan sebagai Bengkel Kerja Fonologi, Fonetik
dan Semantik kepada para ahlinya.Kursus yang diadakan di Dewan
Seri Kinabalu ini telah disampaikan oleh Encik Pati Anak Alap sebagai
fasilitator.
Encik Pati Anak Alap |
Kursus ini merupakan sumbangan
terakhir Encik Pati Anak Alap kepada rakan-rakan sejawat di JPM dan IPGK. Hal
ini kerana dalam semester 2 tahun 2013, beliau akan bertugas di JPM, IPG Kampus
Tun Abdul Razak, Sarawak. Beliau mula bertugas di IPG Kampus Tawau pada akhir
Januari 2013.
Kami di JPM, IPGKT mengucapkan
berbanyak terima kasih atas sumbangan beliau di sini, yang sempat mengajar
kertas WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1 dan BMM3110 Sintaksis Bahasa Melayu.
Beliau seorang ‘silent worker.’ Sesungguhnya, perpindahan beliau amat merugikan
kami.