SEMPORNA: Pada 26 Februari
2013 (Jumaat), seramai 21 orang prlajar dari kelas PISMP Bahasa Melayu Semester
5 IPGK Tawau telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK. Bukit Lalang, diiring,
Encik Abdul Nasir Hj. Paisal.
Rasional lawatan adalah untuk mendedahkan pelajar mengenai sistem
pengurusan di sekolah, pengurusan organisasi sekolah cemerlang, menggalakkan
kerjasama, di samping memupuk fikiran positif dan motivasi dalam kalangan
pelajar.
Antara objektif lawatan adalah untuk
meningkatkan disiplin dan rasa tanggungjawab diri dalam kalangan pelajar agar
lebih berkeyakinan dan sabar, mengamalkan komunikasi sosial yang tinggi melalui
kerja interaksi bersama-sama pihak pentadbir dan pengurusan sekolah, melatih
diri dalam mengurus sesuatu program, memberi pengalaman mengenai pengurusan
organisasi yang lebih efisien dan melatih pelajar lebih bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugasan yang telah diberikan.
Menurut Pengarah Program, saudari
Elezebith Jumin, BIG kali ini telah dapat mencapai objektif yang telah
dirancang. Hal ini disebabkan oleh pengisian yang disediakan oleh pihak sekolah
memenuhi keperluan proforma Bina Insan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Antara pengisian ialah ceramah berhubung
gaya kepemimpinan sebagai teladan kepada para pelajar. Sebagai balasan, para
pelajar pula melaksanakan beberapa aktiviti untuk murid-murid. Antaranya ialah
aktiviti Suluh Budiman, Guru Kecil, Modul
I’Fon, dan Amalan Positif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan